10 SEBAB LOAN KENA REJECT



Teks: Amani Academy


Kita rasa diselubungi misteri bila loan kita bank reject. Nak tanya segan pulak 😅

Antara 10 sebab yang mungkin menyebabkan loan kita kena "reject" adalah


1/ Tiada bukti punca pendapatan

Buat bisnes tak daftar SSM. Bank tak sure mana datang duit masuk. Mereka rasa insecure dan reject permohonan anda


2/ Daftar bisnes tapi bisnes tiada income

Bisnes tak jalan. Renew SSM sekadar isi masa lapang. Tiada income, maknanya bisnes tak mampu nak bayar balik loan


3/ Bisnes jalan tapi income ciput

Nak buat loan, kena bagi Bank percaya yang anda mampu bayar balik. Jika bisnes sangat baru, kebarangkalian loan lulus akan jadi rendah. Buktikan pada bank anda mampu jadi klien yang mampu bayar


4/ Loan sediada dah capai maksimum

Uruskan komitmen loan anda. Settlekan hutang yang kecil atau interest tinggi supaya ada ruang untuk hutang baru


5/ Tak pernah hantar borang cukai

Ingat! Payslip pemilik bisnes adalah borang cukai. Tanpa borang cukai, permohonan anda tidak strong enough


6/ Laporan CCRIS dan CTOS anda berscore rendah

Dua laporan ini lebih kurang sama tetapi CCRIS adalah dari Bank Negara Malaysia dan digunakan sebagai rujukan oleh kebanyakkan bank di Malaysia

Dalam laporan ini akan menunjukkan score pembayaran balik pinjaman anda dari semua bank dalam masa 12 bulan

Nak report cantik? Bayar hutang awal atau on time. Saya suka bayar lebih 😊


7/ Anda adalah Penjamin

Pastikan hutang yang anda jamin dibayar dengan baik kerana report kad mereka merupakan report kad anda juga


8/ Bisnes declare rugi setiap tahun

Memang seronok tak bayar cukai tapi tambah murung bila tahu sebab declare rugi lah anda tak layak dapat pinjaman

.

9/ Tiada financial support

Bank akan lebih berminat jika kita ada tabungan tambahan seperti di Tabung Haji, Unit Amanah, Fixed Deposit, KWSP dan sebagainya yang sah dan diiktiraf. Elakkan simpan bawah bantal atau peti besi di rumah!


10/ TIPU DOKUMEN

Eloklah bank dapat tahu awal. Kalau dah approve baru tahu, lagi naya jadinya nanti


Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul


Jumpa lagi

Catat Ulasan

0 Ulasan