Teks: Amani Academy
Lima perbezaan ketara di antara kedua-dua jenis cukai ini:
1/ Struktur pengiraan cukai itu sendiri. Ada perbelanjaan yang boleh 100% untuk syarikat, tetapi tidak untuk Enterprise
2/ Cukai syarikat adalah cukai untuk keuntungan syarikat sepanjang menjalankan perniagaan. Cukai perniagaan pula adalah gabungan keuntungan perniagaan dan gaji pemilik perniagaan
3/ Gaji pengarah dikira berasingan untuk pengiraan cukai individu. Manakala pemilik Enterprise tidak perlu mengira berasingan.
4/ Borang cukai kedua juga berbeza. Cukai syarikat menggunakan Borang C untuk syarikat dan Borang BE untuk Pengarah. Manakala, pemilik Enterprise hanya perlu menghantar Borang BE
5/ Kadar cukai keduanya mempunyai struktur dan kadar yang berbeza. Cukai syarikat lebih ringkas dimana, cukai akan dikenakan 17% pada pendapatan bercukai RM500,000 yang pertama dan 24% untuk baki seterusnya (Paid up capital tidak melebihi RM2.5juta)
Contohnya; jika pendapatan bercukai syarikat RM3,000, kadar yang dikenakan adalah 17% X RM3,000
Manakala Enterprise, mempunyai 11 struktur cukai mengikut pendapatan bercukai pemilik berkenaan. Jika pendapatan bercukai beliau adalah RM3,000, kadar cukai adalah 0%.
Struktur cukai pemilik Enterprise boleh mencecah 28% untuk pendapatan bercukai melebihi RM1juta
Siapa baca sampai habis, Min ucapkan TAHNIAH! 👏👏
Semoga bermanfaat! Jumpa lagi.
0 Ulasan