KENAPA BALANCE SHEET TAK BALANCE?

Teks: Amani Academy

Bacaan ini sesuai kepada anda yang ada ilmu akaun 😊

Kalau tiada boleh simpan kemas-kemas, Insya-Allah berguna kemudian nanti 


1/ OPENING BALANCE TAHUN LEPAS YANG SALAH ATAU TIDAK DIAMBILKIRA.

Kunci Kira-Kira adalah nilai yang kekal diambil dari mula syarikat beroperasi. Angka-angka ini perlu dibawa ke tahun hadapan setiap tahun.


2/ UNTUNG SEMASA YANG TIDAK DIMASUKKAN KE DALAM "BALANCE SHEET"

Untung semasa perlu dimasukkan kedalam jumlah "untung semasa" dari Penyata Untung Rugi tahunan di bawah kolum Pendapatan Terkumpul. Kalau miss yang ini, confirm tak balance


3/ DOUBLE ENTRY YANG SALAH SEPERTI TIDAK BALANCE ATAUPUN SALAH KOD AKAUN

Amaun debit dan kredit mesti sama. Dan akaun yang terlibat mestilah mengikut formula di atas. Jika amaun debit RM500 dan kredit RM400, disitu akan wujud akaun yang tidak seimbang.


4/ PELARASAN TAHUN LEPAS YANG TIDAK DIBETULKAN DENGAN CARA YANG TEPAT

Kesilapan merekod tahun lepas yang di ubah pada tahun ini, perlu dilakukan pada tahun semasa. Anda tidak boleh mengubah akaun tahun lepas pada tahun ianya berlaku kerana baki-baki kunci kira-kira yang berubah dan ianya adalah penyebab kepada tidak seimbang


5/ REKOD YANG DIPADAM

Rekod bank terutamanya jika dipadam setelah di lakukan "Reconciliation" akan mengubah baki bank di dalam rekod anda. Maka ianya sudah tentu tidak akan padan dengan baki bank yang sebenarnya.


Kalau ada ilmu dan teknik yang betul, tak balance ini takkan ada isu 


Jumpa lagi!

Catat Ulasan

0 Ulasan