ELEMEN PENTING DALAM PENYATA UNTUNG RUGI



 

Teks: Amani Academy


Hari ini, Min nak kongsikan berkenaan salah satu jenis laporan kewangan iaitu Penyata Untung Rugi matlamatnya adalah untuk melihat status keuntungan atau kerugian semasa syarikat secara bulanan, suku tahunan, setengah tahun atau tahunan.


TIGA elemen penting yang ada di dalam Penyata Untung Rugi adalah:


1) SALES/JUALAN


Nilai jualan yang dihasilkan oleh syarikat termasuk nilai jualan yang masih belum dibayar. Contoh: RM500,000 nilai jualan ini termasuk RM100,000 yang masih belum diterima bayarannya dari pelanggan.


2) COST OF GOODS SOLD/KOS JUALAN


Nilai pembelian daripada pembekal termasuk yang belum berbayar. Sama seperti jualan tadi, cumanya kos jualan adalah terhad kepada kos yang digunakan untuk menghasilkan jualan. Contoh restoran, hasil jualan adalah dari harga makanannya manakala kos jualan adalah bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan jualan.


3) EXPENSES / BELANJA


Kos-kos yang terlibat secara tidak langsung untuk menguruskan perniagaan sepanjang tahun berikut. Walaupun tiada jualan, perniagaan perlu juga membayar belanja tersebut. Contohnya, sewa kedai, utiliti dan gaji pekerja.


Dari situ kita dapat lihat DUA figure iaitu UNTUNG KASAR dan UNTUNG BERSIH. Untung bersih ini akan digunakan sebagai pengiraan cukai perniagaan anda.


Penyata Untung Rugi ini hanya akan menunjukkan amaun untuk tahun semasa sahaja dan tidak akan dikumpul atau dibawa untuk tahun berikutnya.


Semoga bermanfaat! Jumpa lagi.




Catat Ulasan

0 Ulasan