LIMA "PEACE OF MIND" PEMILIK BISNES


Teks: Amani Academy


Kami kongsikan lima maklumat yang boleh membuatkan minda pemilik bisnes berasa lebih tenang:

1/ Duit sales mampu tanggung kos overhead bisnes bulan-bulan

Kalau duit sales tidak mampu tanggung overhead, silap hari bulan duit simpanan pemilik bisnes akan semakin menyusut

2/ Duit sales selepas tolak kos dan overhead ada baki lagi bila nak guna untuk kecemasan

Duit kecemasan sangat penting bila kita nak guna sewaktu keadaan mendesak, oleh itu kita perlu simpan sedikit duit untuk saat tersebut

3/ Tahu berapa ramai lagi pelanggan kita yang masih berhutang dengan kita.
Ini bagi memastikan anda tahu status sebenar amaun yang anda boleh tuntut

4/ Resit-resit semua tersimpan elok.
Ini sangat penting untuk audit dan juga jika ada jadi perkara yang tidak diingini

5/ Borang cukai sudah lengkap di hantar.
Apabila cukup tiga tahun borang cukai di hantar, anda sudah boleh mula memohon pinjaman kereta, rumah atau aset-aset lain

Tulis kerisauan anda satu persatu, cari solusi beserta tindakan.
Bila wujud ketenangan, barulah mampu untuk fikir strategi yang terbaik untuk bisnes kita. Jumpa lagi!

Catat Ulasan

0 Ulasan